Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penjara Seumur Hidup Kerana...

SACRAMENTO - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh...

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle...

Bertanding di bawah simbol jam, ahli politik veteran Tan Sri M.Kayveas, yang lebih...

2 Sekolah Di Keningau...

KENINGAU - Dua sekolah di daerah kecil Sook dalam daerah Keningau ditutup akibat...

RON97, RON95 Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala...

Hampir 1,000 Mati Akibat Taun Di Yaman

AMMAN – Angka kematian akibat taun di Yaman menghampiri 1,000 orang.

“Masa semakin suntuk untuk menyelamatkan mereka yang terbunuh atau berdepan dengan kebuluran dan kini diancam pula oleh taun,” kata penyelaras kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Jamie McGorldrick.

Menurutnya, pihaknya berdepan dengan kesukaran untuk membantu mereka kerana kekurangan sumber.

“Kami memerlukan tindakan segera untuk membantu mereka,” katanya kepada wartawan di Amman, ibu negara Jordan.

Menurut McGorldrick, lebih 130,000 penduduk disyaki menghidap wabak berkenaan dan lebih 970 orang meninggal dunia, separuh daripada mereka wanita dan kanak-kanak.

“Apa yang menyedihkan, di Yaman, kemanusiaan tidak dipedulikan kerana politik,” katanya.


Menurut McGorldrick, pihaknya hanya menerima 29 peratus bantuan kemanusiaan daripada AS$2.1 bilion (RM9 bilion) yang diperlukan untuk tahun ini.

“Taun yang merebak ketika kebuluran melanda Yaman membuktikan kemusnahan perkhidmatan kesihatan di negara itu,” katanya.

Peperangan di Yaman antara pemberontak Houthi dengan pakatan yang diketuai Arab Saudi menyebabkan lebih 8,000 orang terbunuh sementara berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal sejak ia meletus dua tahun lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori