Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Karier Masih Samar, Shaa...

SEJAK tidak mendapat banyak undangaan nyanyian baru-baru ini, penyanyi Shaa yang mula dikenali...

Dadah Punya Pasal… Bayi...

ALAHAI... kesiannya. Dek kerana kedua ibu bapanya ditahan atas kesalahan memiliki dadah, seorang...

Bahrain Guna Hydroxychloroquine Rawat...

MANAMA - Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine...

Tarawih: Peniaga, Netizen Tidak...

KOTA BHARU - Arahan menghentikan operasi premis makanan dari pukul 8.30 malam hingga...

Harga Petrol Tetap Diumumkan Setiap Minggu

PUTRAJAYA – Harga siling petrol dan diesel akan tetap diumumkan pada setiap minggu seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.

“Ada orang kata tukar semula dari mingguan kepada bulanan. Tidak, sistem yang kita ada ketika ini akan kekal,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini. hari ini.

Mengenai formula baharu bagi menentukan petrol dan diesel, yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara, beliau berkata ia masih dalam peringkat kajian.

Menurutnya beliau telah bertemu dengan syarikat-syarikat minyak untuk membincangkan formula itu bagi memastikan ia tidak merugikan mana-mana pihak.

Pada Jumaat lepas, Hamzah berkata satu formula baharu harga minyak akan diumumkan bagi mengelak pengusaha stesen minyak kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun mengikut kaedah yang diguna pakai ketika ini.

Hamzah berkata kerajaan mahu formula itu memanfaatkan semua pihak termasuk pengguna, dan bukannnya menyukarkan mereka sekiranya stesen minyak ditutup akibat kerugian.

“Jarak purata stesen minyak adalah kira-kira 25 kilometer dari satu-satu tempat. Jadi, kalau ada yang tutup, pengguna juga akan susah terpaksa pergi jauh untuk mengisi minyak,” katanya.


Ketika ini, terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

Mengulas mengenai sindiket skim piramid, MBI International, Hamzah berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan walaupun pihak syarikat terbabit mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Tindakan kita (siasatan) untuk memastikan segala apa yang mereka (pihak syarikat) jalankan adalah mengikut undang-undang,” katanya.

Semalam, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan skim itu melalui Op Token 2 yang dijalankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara.

KPDNKK merampas wang tunai berjumlah RM688,000, tiga kenderaan mewah selain membekukan RM30 juta daripada akaun suspek serta 98 akaun lain membabitkan nilai RM209 juta, dalam operasi yang dijalankan di Butterworth, Pulau Pinang dan Taman MBI di Kulim, Kedah. – BERNAMA

Kategori