Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Azura Couture Gesa Erin...

PEREKA fesyen terkenal yang juga merupakan pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu...

MB Negeri Sembilan Disah...

REMBAU - Penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar...

Sayang Bini, Anak Sumbat...

SEORANG lelaki dilihat cuba memaksa ibunya makan rumput gara-gara warga emas itu bergaduh...

Najib Razak Ajak Maher...

RASANYA tak lengkap sekiranya berjumpa dengan selebriti, tidak merakamkan gambar selfie sebagai kenang-kenangan. Dek kesempatan...

‘Hensem Macam SRK’ – Adik Iklankan Abang Di FB

CERITA orang mencari jodoh di media sosial, bukanlah perkara baharu atau pelik.

Namun, netizen terhibur hati melihat gelagat seorang lelaki yang telah ‘mengiklankan’ abangnya agar segera ditemukan jodoh.

Tidak tahu sama ada pemilik Facebook Taufik Khairuddin sekadar ‘pedajal’ abangnya atau sememangnya ikhlas mencarikan calon isteri buat abangnya, tetapi posting yang dimuat naiknya itu telah menjadi tular di laman sosial.

Menerusi status itu, Taufik turut menyertakan maklumat mengenai abangnya dan ciri-ciri calon isteri yang dicari abangnya.

Apa yang menarik campur geli hati ramai, si adik turut ‘mendefinisikan’ abangnya sekacak raja Bollywood, Shah Rukh Khan!

'Hensem Macam SRK' - Adik Iklankan Abang Di FB

'Hensem Macam SRK' - Adik Iklankan Abang Di FB

“Saya sedang mencari jodoh untuk abang saya Eddy Khairuddin berumur 32 tahun yang bekerja di Sepang berpendapatan sebanyak RM4,000.

“Mencari pasangan yang masih single/janda berumur 25-32 tahun dan bekerja tetap.


“Tidak kisah paras rupa janji baik orangnya dan tidak tinggalkan solat.

“Berminat boleh direct message beliau Eddy Dzuhairy Khairuddin.

“Tak salah membantu orang lain membina masjid kan? TAG kawan baik korang yang mana masih single mana tau jadi. Alhamdulillah besar pahalanya,” tulisnya.

Posting itu ternyata mendapat perhatian sehinggakan dikongsi lebih 4,300 netizen.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji paras rupa Eddy sehinggakan ada yang mempersoalkan dan tidak percaya dia tidak mempunyai teman wanita.

Haa… siapa yang dah lama teringinkan suami ala-ala Hindustan, bolehlah cuba berkenalan dengan Eddy. Mana tahu jodoh anda! Hihi… – MYNEWSHUB.CC

Kategori