Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

New York Saman TikTok,...

NEW YORK - New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Kes Curi Motosikal Di...

JEMPOL - Kes kecurian motosikal di bandar ini semakin membimbangkan sejak dua bulan...

Adun Pembangkang Menghadap Jemaah...

ALOR SETAR - Krisis politik meliputi kedudukan Menteri Besar Kedah yang sebelum ini...

Hobi ‘Bela’ Semut Makin Popular Di Singapura

SINGAPURA – Hobi menyimpan semut kini menjadi semakin popular di Singapura, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah Channel NewsAsia baru-baru ini.

Malahan sebuah kumpulan Facebook tempatan dikenali sebagai “Ants Singapore”, yang mula dibentuk Disember tahun lalu, kini mempunyai lebih 300 anggota aktif dari seluruh republik tersebut.

Antara lain, kumpulan ini menganjurkan lawatan pemburuan semut selain mengajar orang ramai cara mencari, menangkap dan menjaga serangga peliharaan mereka dengan lebih sempurna.

Meskipun sering dianggap sebagai serangga bermasalah oleh kebanyakan orang, kumpulan tersebut yang diketuai oleh Chris Chan ini menganggap bahawa semut sebagai serangga peliharaan baik.


Beliau bahkan kini mempunyai sehingga 30 koloni serangga berkaki enam tersebut yang terdiri daripada ratusan semut dalam kalangan lapan jenis spesies tempatan.

Chan juga mula menjual kit-kit pembiakan semut dan berharap Singapura akan menjadi sebuah pusat pembiakan semut peliharaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori