Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PDRM Sedia Bantu Sahkan...

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi...

MOF Digesa Timbang Semula...

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon Kementerian Kewangan (MOF) menimbang...

[PAU 2021] Puteri UMNO...

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri...

PAU 2016: Puteri UMNO...

JELEBU - Puteri UMNO yakin setiap usul dalam aspek politik, ekonomi, agama dan...

HTF Anjur Derma Darah Khas Aidilfitri Selama 3 Hari

KANGAR – Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mengadakan kempen derma darah khas Aidilfitri selama tiga hari mulai 28 Jun ini.

Menurut kenyataan HTF, waktu menderma dari 8 pagi hingga 5 petang dan rehat selama sejam bermula 1 tengah hari pada Rabu dan Khamis manakala waktu rehat hari Jumaat dari 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang.

HTF mengalu-alukan orang ramai yang sihat dan berumur 18 hingga 60 tahun untuk menderma darah bagi menampung keperluan kecemasan musim perayaan.

“Kempen ini adalah persediaan HTF bagi menghadapi kemungkinan berlaku kekurangan darah kerana kebiasaannya permintaan setiap musim perayaan meningkat melebihi hari-hari biasa,” menurutnya. – BERNAMA

Kategori