SEORANG ibu telah memberikan kejutan kepada anak lelakinya menjelang majlis tari menari dengan membelanjakan sebanyak RM100,000 bagi menyediakan seekor unta, tiga tan pasir untuk kegunaan unta itu serta sebuah kereta.
Saudia Shuler turut menyediakan tiga teman wanita untuk temu janji anak tunggalnya itu, Johnny Eden Jr.
Pada mulanya Saudia berhasrat membawa anaknya ke Dubai namun dia mengubah fikiran dan memutuskan untuk membawa Dubai ke Philadelphia bagi majlis tari menari itu.
Wanita itu membeli pasir dan unta untuk membolehkan anaknya bergambar di kawasan rumah mereka manakala kereta mewah seperti Rolls Royce turut diberikan kepada Johnny.
Meskipun ia dilihat sebagai sesuatu yang membazir namun Saudia berpuas hati.
Ini kerana sejak beberapa tahun lalu Saudia telah menderita akibat kanser dan angin ahmar maka dia berniat jika sembuh, dia mahu menyediakan sesuatu yang istimewa untuk anak lelakinya itu.
Ternyata Saudia telah sembuh maka dia mengotakan janjinya itu. Memang untunglah anaknya. – MYNEWSHUB.CC