Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sembelih Keluarga: Penagih Tegar...

SATU beban besar bagi kalangan keluarga yang warisnya terbabit dengan ketagihan syabu ialah...

32 Syarikat Dibenar Import...

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke...

Ramai Sebak Tonton Muzik...

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan Caliph Buskers yang semakin melonjak popular selepas memenangi Persembahan...

Jangan Beri Tekanan Kepada...

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan parti DAP agar tidak memberi tekanan...

Idris Jala Hadir Untuk Kumpul Maklumat FGV

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata beliau dalam proses mengumpulkan maklumat sebelum mengambil tindakan lanjut ke arah menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

“Masih lagi mengumpul semua maklumat. Setakat ini kami tidak menubuhkan sebarang jawatankuasa,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di lobi utama Menara Felda di sini hari ini.

Kerajaan semalam melantik Idris sebagai pihak berkecuali untuk mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian susulan keputusan FGV mengarahkan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad untuk bercuti.

Idris dilihat tiba di Menara Felda yang menempatkan ibu pejabat FGV pada 2.33 petang dan beredar pada kira-kira 3.40 petang.

Sekumpulan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki Menara Felda pada kira-kira 10 pagi dan masih berada di lokasi itu setakat 5 petang ini.

Selain Zakaria, turut diarahkan bercuti pada Selasa ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd Karim.


Semalam, Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangan berkaitan FGV kepada badan itu yang kini meneliti isu berkenaan.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. – BERNAMA

Kategori