Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

12 Kes Pecah Rumah...

LUMUT - Polis berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah di sekitar daerah Manjung...

Swafoto Kekasih Kantoi Tidur...

MELIHAT pasangan yang disayangi tidur bersama dengan individu lain di atas katil, sudah...

Macam Mana Meniaga Ni,...

RASANYA mesti ada pembaca Mynewshub yang pernah terkena macam ni..Beli-beli sandwich, tup-tup buka,...

Peranti Memfokuskan Selfie Daripada...

Budaya menangkap gambar selfie menggunakan telefon pintar semakin menjadi-jadi sehinggakan Microsoft (Lumia 730),  Sony (Xperia...

Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Labohan Dagang

BANTING – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan penduduk Kampung Labohan Dagang, di sini malam tadi menerusi program ‘Ihya Ramadan’ peringkat Selangor sebagai usaha berterusan syarikat utiliti terbesar itu dalam mendekati pengguna perkhidmatannya.

Naib Presiden Bahagian Usaha Tenaga TNB Datuk Nor Azman Mufti berkata program tahunan itu kali ini memilih Kampung Labohan Dagang susulan pembangunan projek solar terbesar negara di lokasi itu yang sedang dilaksanakan sejak 1 Jun lepas.

“Projek solar berkeupayaan 50 megawatt itu dibangunkan di tanah TNB seluas 97.12 hektar di kampung ini yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Maka bersempena Ramadan, kita mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di sini.

“Dengan pembangunan projek ini juga, ia kelak akan mewujudkan limpahan ekonomi sampingan kepada penduduk sekitar, malah bakal menyediakan peluang pekerjaan menerusi kontraktor-kontraktor yang telah kita pilih,” katanya kepada Bernama di sini.

Program anjuran TNB Selangor dengan usaha sama Bahagian Usaha Tenaga TNB yang bertempat di Masjid Al-Mutmainnah itu dihadiri kira-kira 200 penduduk setempat.


Pada program tersebut, TNB turut menyalurkan sumbangan kepada 75 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf, ibu tunggal dan mualaf sebagai persediaan menyambut Aidilfitri selain bantuan wang tunai kepada dua rumah anak yatim di sekitar Labohan Dagang dan masjid berkenaan.

Tambahnya, TNB juga menyarankan kontraktor yang dilantik supaya mengutamakan kemahiran penduduk tempatan untuk menjadi tenaga kerja sepanjang tempoh pembangunan projek tersebut. – BERNAMA

Kategori