Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Shah Rukh Terima Gelaran...

BINTANG Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan sekali lagi melakar sejarah apabila dikurniakan gelaran doktor...

Perbendaharaan Tandatangan Ikrar Bebas...

PUTRAJAYA - Perbendaharaan hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan...

Caj Perkhidmatan Di Hotel,...

PUTRAJAYA - Caj perkhidmatan yang diamalkan kebanyakan restoran dan hotel di negara ini...

Beban RM7.4 Bilion Kos...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal menanggung kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti...

Identiti Penyerang Kasino Dikenal Pasti

MANILA – Identiti penyerang yang menyerang sebuah kasino terkenal di sini Jumaat lalu telah dikenal pasti sebagai warga tempatan, Jesse Carlos Javier.

Reuters melaporkan, hasil siasatan polis Filipina mendapati, suspek yang berusia 42 tahun itu mempunyai masalah hutang yang besar akibat ketagihan dengan judi di kasino tersebut.

“Akhirnya kita berjaya mengenal pasti identiti pelaku. Ahli keluarga suspek memberitahu polis, suspek ada beban hutang besar akibat masalah ketagih judi di kasino,” kata ketua polis, Oscar Albayalde pada sidang media hari ini.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang lelaki bersenjata bertindak nekad menceroboh kasino di Resort World Manila sebelum membakar meja judi.

Asap daripada pembakaran tersebut turut menyebabkan 36 orang yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja di kasino terbabit maut.

Lelaki itu kemudian melarikan cip kasino berkenaan bernilai AS$2.69 juta sebelum membunuh diri selepas ditembak oleh pengawal keselamatan kompleks Resort World. – MYNEWSHUB.CC

Kategori