Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kesal Keputusan AS...

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa kesal yang mendalam dan amat bimbang terhadap...

Orang Bajau Laut Dipercayai...

KOTA KINABALU - Golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut dipercayai membunuh dengan...

Agong, Ahli Parlimen Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19...

Tiada Keperluan Kaji Semula...

SUNGKAI - Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula pelantikan Rania Zara Medina...

Imigresen Tahan 18 Pekerja Stesen Minyak Warga Asing

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan 18 warga asing dalam serbuan Operasi Ikrar di tujuh premis stesen minyak di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dan Persiaran Jubli Perak, Batu Tiga di sini, semalam.

Pengarahnya, Omran Omar berkata dalam operasi bermula pukul 3.30 petang sehingga 7 petang itu, seramai 14 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki serta dua wanita warga Indonesia ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesalahan-kesalahan termasuklah pekerja warga asing ini bekerja tanpa permit yang sah, tinggal lebih masa dan salahguna pas lawatan sosial.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat pekerja warga asing ini cuba mengelak dan melarikan diri daripada diperiksa. Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Omran, operasi ini merupakan kali kedua dilakukan terhadap stesen-stesen minyak yang terdapat di sekitar Shah Alam khususnya dan Selangor amnya dalam tempoh kurang dari setahun.


Katanya, pemilik-pemilik stesen minyak ini telah diberikan saman dan diminta hadir ke pejabat penguat kuasa Imigresen Shah Alam serta akan didakwa di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63, kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa pas yang sah.

Dalam pada itu, beliau menggesa majikan supaya segera mendaftarkan pendatang asing tanpa izin dalam Program E-Card dan Program Rehiring yang berbaki 26 hari lagi. – BERNAMA​​​​​​

Kategori