Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amar Hadiahkan Amyra Kereta,...

ALAHAI... Bertuahnya badan! Nampak sangat pelakon, Amar Baharin atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin begitu sayang terhadap...

Tiga Lagi Suspek Disyaki...

KUALA LUMPUR - Pada 27 hingga 28 November lepas, Cawangan Khas Bahagian Memerangi...

Mengejutkan.. Suami Muflis, Rumah...

RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida...

Panggang Marshmallow Di Kawah...

AMBRYM, Vanuatu – Dua lelaki bertindak berani turun ke kawah sebuah gunung berapi...

India: Pegawai Selia Pembelian Lembu Diserang

NEW DELHI – Kumpulan ‘pelindung lembu’ di Rajasthan menyerang pegawai dari Tamil Nadu kerana disyaki menyeludup haiwan berkenaan, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan pada Selasa.

Kebanyakan penganut Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci, dan penyembelihan haiwan itu diharamkan di beberapa negeri di India.

Berikutan kepercayaan itu juga, muncul beberapa kumpulan sukarelawan terutamanya di kawasan luar bandar yang melindungi haiwan itu termasuk menghalang penjualan daging lembu. Kumpulan ‘pelindung lembu’ ini juga secara rutin memeriksa kenderaan dan sering memukul peniaga lembu.

Dalam kejadian terbaharu itu, kira-kira 50 penduduk kampung di daerah Barmer, Rajasthan, dilaporkan menyerang pegawai Jabatan Haiwan Ternakan Tamil Nadu yang membeli 50 ekor lembu daripada negeri itu walaupun pegawai berkenaan memiliki permit untuk mengangkut haiwan berkenaan ke Tamil Nadu.

“Kejadian berlaku pada malam Ahad apabila kumpulan perusuh ini menyekat lima lori yang membawa lembu-lembu berkenaan dengan alasan ia diangkut secara haram. Kumpulan berkenaan memukul pemandu dan pegawai jabatan yang berada dalam kenderaan tersebut serta membaling batu ke arah mereka menyebabkan ada pegawai yang cedera.

Penyerang juga dilaporkan cuba membakar kenderaan tersebut.

“Polis yang cuba menyuraikan kumpulan berkenaan, juga turut diserang. Insiden berkenaan menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga beberapa jam,” kata pegawai berkenaan.

Pemimpin parti pembangkang CPI-M, Sitaram Yechury menyalahkan amalan politik Bharatiya Janata Party (BJP) yang ‘memecah-belahkan’ sebagai punca berlakunya insiden berkenaan.

“Amalan politik BJP yang memecah-belahkan itu menyemarakkan suasana penuh kebencian di kalangan masyarakat,” kata Yechury.

Jurucakap polis berkata mereka telah menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.


April lalu, seorang lelaki berumur 55 tahun dibunuh oleh kumpulan ‘pelindung lembu’ di negeri itu setelah didakwa menyeludup lembu untuk disembelih. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan keluarga mangsa yang mendakwa mereka membeli lembu berkenaan dalam satu pameran pertanian dan mempunyai resit pembelian yang sah.

Kes-kes melibatkan kumpulan ‘pelindung lembu’ semakin banyak dilaporkan sejak 2014, iaitu tahun yang sama BJP mulai berkuasa.

Bagaimanapun, terdapat penduduk minoriti di negara itu yang mengambil daging lembu sebagai sebahagian daripada diet mereka.

Isu penyembelihan lembu amat sensitif di India dan telah beberapa kali menyebabkan berlakunya krisis perkauman di kalangan penduduknya.

Pada tahun 2015, seorang lelaki berumur 50-an dipukul sehingga mati di Dadri, Uttar Pradesh hanya kerana khabar angin yang menyatakan keluarganya memakan daging lembu manakala dua lagi mangsa dibunuh setelah didakwa mengangkut lembu untuk disembelih.

Perdana Menteri India Narendra Modi pada tahun lalu mengkritik kumpulan berkenaan, dengan berkata mereka membuat beliau ‘marah’.

“Ada di kalangan mereka yang membuka perniagaan dengan berselindung di sebalik nama ‘pelindung lembu’, ia membuatkan saya berang,” kata Modi. Bagaimanapun, teguran Modi itu tidak menghentikan serangan yang kerap dilakukan terhadap peniaga lembu di negara itu. – BERNAMA

Kategori