Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pinjaman Peribadi Untuk Bayar...

KUALA LUMPUR ā€“ Trend membuat pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan...

PM Ucap Takziah Tragedi...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah...

Impian Miliki Rumah Sendiri...

KUALA LUMPUR ā€“ ā€œKalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah,...

Lelaki Didakwa Miliki Bahan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Indonesia Tingkat Kawalan Ancaman Militan Pra-Aidilfitri

HANOI – Polis Indonesia meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan militan yang menyasarkan anggota pasukan keselamatan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jurucakap polis Setyo Wasisto berkata pihaknya telah mengambil langkah awal untuk menangani ancaman itu, termasuk melakukan persediaan di beberapa lokasi tertentu yang mungkin dijadikan sasaran serangan, termasuk di balai polis.

Ketua Polis Indonesia Jeneral Tito Karnavian telah mengarahkan skuad elit anti-pengganas, Densus 88, untuk meningkatkan pengawasan menjelang Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam pada 26 dan 27 Jun ini.

Beliau mengingatkan skuad berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan segera sekiranya terdapat pergerakan melibatkan sel-sel pengganas.


Indonesia sebelum ini dikejutkan dengan beberapa siri serangan melibatkan pengeboman bunuh diri yang dikaitkan dengan militan Daesh, dengan kes terbaharu dilaporkan berlaku di terminal bas Kampung Melayu, timur Jakarta yang menyebabkan 15 terbunuh. – BERNAMA

Kategori