Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Pertempuran Dahsyat Tetap Berlaku...

KHARTOUM: Pertempuran dahsyat tetap berlaku di Sudan hari ini walaupun kedua-dua pihak tentera...

“Farid Berkelakuan Pelik Sejak...

SATU demi satu cerita di sebalik misteri insiden penahanan aktor Datuk Farid Kamil...

PRK: 4 Anak Adenan...

LUNDU - Empat anak allahyarham Tan Sri Adenan Satem turut berkempen dalam pilihan...

Dua Kali Ditipu, Cakra...

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi dari sebarang, Cakra Khan yang mempunyai suara serak-serak...

Insiden Lahad Datu: 9 Warga Filipina Dihukum Mati

PUTRAJAYA – Sembilan warga Filipina yang terbabit dalam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013 lalu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkmah Rayuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar hukuman lebih berat dijatuhkan terhadap semua responden.

Sembilan mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 46; Basad H Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Virgilio Nemar Patulada, 57; Salib Akhmad Emali, 64; Al Wazir Osman, 62; Tani Lahad Dahi, 64; Julham Rashid, 70, dan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 25 Julai tahun lalu terhadap responden selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Mohd. Zawai dalam penghakimannya berkata, insiden serangan berdarah pihak musuh dari luar itu menyebabkan sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban dan ramai lagi yang cedera.


“Ia (pencerobohan) kejam kerana membabitkan nyawa, harta benda dan kesan trauma yang dialami. Sehubungan itu, hanya hukuman mati yang wajar dikenakan ke atas semua responden,” katanya.

Semua responden diwakili peguam Datuk N. Sivananthan manakala barisan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=CpBKSYajH-M

Kategori