Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Masalah Najib Dilantik...

SHAH ALAM - Keputusan melantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Budak 2 Tahun Mati...

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas...

“Saya Pencuri Hati Rakyat,”...

SEMENYIH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dirinya sebagai...

Warga Emas ‘Mandi Darah’...

GILA dan tidak berperikemanusian!Seorang penyamun samseng sanggup menetak kepala seorang lelaki yang merupakan...

Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London

SEBUAH van merempuh sekumpulan pejalan kaki di kaki lima berdekatan Masjid Finsbury Park, London malam tadi.

Menurut laporan AP, polis berkata serangan itu berlaku sejurus selepas umat Islam meninggalkan masjid itu selepas menunaikan solat terawih.

Seorang lelaki yang memandu van terbabit berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut beberapa orang saksi, mangsa yang dirempuh merupakan umat Islam yang baru keluar daripada masjid berkenaan.

Beberapa jalan raya di kawasan terbabit ditutup sementara pihak polis memperketatkan kawalan di kawasan masjid berkenaan.


Kelihatan sebuah helikopter dan puluhan kereta polis berada di kawasan berkenaan, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung perkembangan kejadian itu.

Sebelum ini serangan yang menggunakan modus operandi yang sama turut berlaku di London Bridge menyebabkan 48 cedera sementara 21 orang dilaporkan kritikal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori