Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anjing, Kucing Liar Ditangkap,...

KANGAR - Anjing dan kucing liar di Perlis akan ditangkap dan dikurung di...

Banjir Pulih, 3 Sekolah...

KOTA BHARU - Tiga sekolah di Kelantan yang masih ditutup hari ini berikutan...

KPLB Salur RM38 Juta...

YAN - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan RM38 juta bagi...

Filipina Bantu Kekang Jenayah...

KUALA LUMPUR - Kesediaan Filipina membenarkan pasukan keselamatan Malaysia memburu kumpulan penculik dan...

iPhone 7 Plus Ara Kena Curi ‘Bakal Pembeli’

MAKIN lama, makin menjadi-jadi pula kes sindiket penipuan jual beli telefon bimbit menerusi laman beli-belah online.

Tidak terkecuali menimpa kepada penyanyi yang makin meningkat naik, Ara Johari yang baharu sahaja mengalami kerugian apabila telefon bimbit jenama iPhone 7 Plus miliknya dicuri oleh lelaki yang berhajat beli telefon tersebut.

Menurut penyanyi lagu Warkah Untukku ini, kejadian itu berlaku semalam di Damansara dan diuruskan oleh pembantu peribadinya.

“Urusan itu dikendalikan pembantu peribadi saya. Pada masa itu lelaki berkenaan sempat hubungi saya untuk buat rundingan harga sekali lagi. Perkara itu meyakinkan saya yang dia memang ingin beli.

“Saya difahamkan, lelaki itu memberikan pelbagai alasan termasuklah ingin cuba telefon itu dengan alat pengecas telefon yang berada dalam kereta. Ketika itu pembantu saya pun ikutnya ke kereta.

“Namun tanpa disangka dia membuat helah dengan membawa lari telefon itu. Pembantu saya cuba melawan dan membuka pintu kereta, tetapi gagal.

“Sejujurnya saya berasa ralat dan kecewa dengan apa yang berlaku. Namun saya reda dan anggap ia bukan rezeki. Apa yang penting pembantu peribadi saya selamat dan tidak diapa-apakan.


“Saya berharap orang ramai lebih berwaspada jika mahu membuat urusan jual beli seperti ini terutama individu yang tidak dikenali,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ara, suspek yang melarikan telefon bimbitnya itu berusia lingkungan 20-an dan datang dengan seorang rakan bersama kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Honda dipercayai menggunakan nombor plat palsu.

Katanya, dia mengiklankan telefon tersebut menerusi portal atas talian, Mudah.my. Sementara itu, Ara cuba menghubungi lelaki tersebut namun nombor telefonnya turut didapati palsu.

Ekoran kejadian itu, Ara telah membuat laporan polis akibat kecurian itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori