Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Dyana Nafi Anaknya...

YAMMY Samat, ibu bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud...

TMJ Akui Miliki Pendrive...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes...

Jerebu: Indonesia Akhirnya Setuju...

JAKARTA - Indonesia akhirnya bersetuju menerima bantuan antarabangsa dalam usaha memadamkan kebakaran hutan dan...

Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Kemelut dalaman Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membabitkan dua ‘orang kuat’ syarikat itu disifatkan sebagai perkara yang mendukacitakan dan memalukan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam satu kenyataan berkata, pertelingkahan terbuka antara Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad menunjukkan tiada musyawarah sesama mereka.

Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Malah katanya, kedua-duanya sewajarnya meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis itu berlarutan.

“Mereka tidak perlu menunggu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya mengambil jalan mengalah dan meletakkan jawatan segera.

“Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini. Apakah ia akan menjadi fenomena berterusan dalam pengurusan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu?” soalnya.

Menurut beliau, kedua-dua mereka perlu mengambil jalan yang lebih bermaruah dan menyerahkan kepada muka baharu untuk menerajui FGV.


“Apakah selepas ini akan ada lagi episod pertelingkahan antara Pengerusi dan CEO atau Ketua Pengarah menyebabkan salah satu daripadanya dipaksa mengambil cuti atas alasan untuk siasatan dalaman yang sebenarnya proses pemecatan atau disuruh meletak jawatan?

“Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baharu dan tenaga baharu mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan pemegang sahamnya terutama peneroka,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengadakan pertemuan dengan Zakaria pada jam 3 petang Rabu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=vxzogGKODpM

Kategori