Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gadis ‘Berniqab’ Pandai Menebar...

SUBHANALLAH, sejuk mata memandang sebuah keluarga yang mengusahakan gerai roti canai di Kampung Parit...

Polis Singapura Cedera Gara-Gara...

SINGAPURA - Seorang pegawai polis trafik dilaporkan cedera selepas motorsikalnya hilang kawalan ketika mengejar...

Hampir 100,000 Graduan Dibantu...

KUALA LUMPUR - Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya memperkasakan siswazah dengan kemahiran...

Neelofa Bakal Tinggalkan MeleTOP?

SEAKAN-AKAN memberi bayangan masanya sudah tiba untuk meninggalkan rancangan MeleTOP, rata-rata peminat Neelofa...

Isu Safitex: FGV Akan Lantik Penasihat Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan melantik seorang penasihat undang-undang di Dubai untuk bekerjasama dengan rakan tempatan bagi menyiasat beberapa transaksi membabitkan unitnya, Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex Trading LLC.

Safitex adalah firma yang berpangkalan di Dubai.

“Mereka (penasihat undang-undang) akan meneliti kaedah untuk mendapatkan semula wang itu mengikut prosedur (di Dubai),” kata Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada golongan memerlukan di sini, hari ini.

Ditanya sama ada FGV dapat memperoleh semula 100 peratus wang juga hutang daripada Safitex, Isa berkata : “Saya tidak dapat memberi jaminan itu. Namun, kami akan berurusan dengan peguam tempatan serta di Dubai. Kami akan mendapatkan sebanyak mungkin wang berkenaan.”

Safitex gagal membuat pembayaran kepada Delima Oil sejak tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2015.

Hutang tertunggak yang mencecah US$8.3 juta itu menyebabkan pendedahan kekurangan dan dilaporkan secara berterusan oleh firma PricewaterhouseCooper’s (PwC) pada setiap suku.

Angka itu meningkat kepada US$11.7 juta dan melebihi had kredit yang dibenarkan bagi setiap audit kewangan berkanun PwC bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 yang turut dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit pada 17 Feb, 2017, kata Lembaga Pengarah FGV menerusi satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Isa berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad yang diaarah bercuti, akan menerima surat tunjuk sebab sebaik siasatan dalaman itu selesai.

Malah, beliau berkata, nasib Zakaria akan bergantung kepada jawapan balas yang dikemukakannya.


Mengulas pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan CEO dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) FGV dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah, Isa berkata ia merupakan satu langkah baik dan beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada bekas menteri berkenaan.

“Ini langkah yang baik dan kami sedia bekerjasama. Ia perkara biasa untuk sesebuah syarikat itu disiasat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Idris belum menghubungi pihak FGV berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai siasatan itu, Isa berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ini merupakan masalah dalaman (FGV).

Beliau juga belum dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan perkara sama, setakat ini.

“Saya akan pergi (ke SPRM) jika mereka panggil. Apa guna ke sana jika mereka tidak menghubungi saya,” katanya.

Mengenai prestasi saham-saham FGV yang terjejas teruk sejak isu Safitex dibangkitkan, Isa yakin keadaan akan kembali pulih sebaik siasatan itu dapat diselesaikan. – BERNAMA

Kategori