Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nenek Terselamat Meskipun Disengat...

SEORANG wanita tua telah disengat oleh beribu-ribu lebah selepas sarangnya diganggu dan dibaling...

3.2 Juta Penduduk Dapat...

PUTRAJAYA - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara...

Larangan Ke Korea Utara...

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata larangan perjalanan...

Jepun, Mexico Henti Import...

SAO PAULO - Kedutaan Jepun di Brazil semalam menggantung import ayam dan produk...

Itik Serati, Ayam Kampung Salai Laris Di Kelantan

PASIR MAS – Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat permintaan tinggi daripada umat Islam di negeri ini untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Kebiasaannya itik serati dan ayam kampung menjadi pilihan untuk dimasak gulai lemak dan kerutuk oleh pengemarnya kerana mempunyai keenakan tersendiri.

Seorang penjual juadah itu, Mohd Firdaus Aznin, 16, berkata sebanyak 10 ekor itik serati dapat dijual sehari manakala ayam kampung antara 10 dan 15 ekor.

“Harga bagi seekor itik serati salai dijual dengan harga antara RM35 dan RM65 seekor manakala ayam kampung salai antara RM18 dan RM21 seekor, bergantung kepada saiznya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Lubok Jong, di sini hari ini.

Mohd Firdaus yang menjual itik serati dan ayam kampung salai sejak tiga tahun lalu berkata permintaan sentiasa tinggi terutama pada bulan Ramadan namun bekalan sentiasa tidak mencukupi kerana kurangnya penternak yang menternak secara komersial.

Seorang lagi peniaga Mohd Sukir Fitri Che Baharom, 17, berkata walaupun itik serati salai popular dan memberi pulangan yang tinggi namun bagi mendapatkan bekalan agak sukar tidak seperti ayam kampung.


“Saya mendapatkan bekalan itik dari pelbagai tempat termasuk membelinya daripada penduduk kampung, selain menternaknya sendiri secara kecil-kecilan,” katanya.

Seorang pengusaha kedai makan yang menjadikan masakan itik serati sebagai menu utama, Che Mariam Che Mahamood, 45, berkata salai yang menggunakan bara api daripada kayu adalah cara masyarakat dahulu untuk menyimpan daging mentah dalam tempoh yang lama bagi mengelakkan ia rosak.

“Itik salai ini lebih sedap dan lembut isinya dengan aroma yang sedap dan kebiasaannya itik tersebut disalai antara satu dan dua jam,” katanya. – BERNAMA

Kategori