Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penapis Hasilkan Air Seperti...

BANGI : Teknologi penapis yang menghasilkan air dengan rasa seperti air zamzam adalah...

2 Pemandu Maut Kereta...

DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3,...

Lompat Parti Dan Proses...

ADA dua perkara yang sepatutnya dipersoalkan pada Pakatan Harapan (PH) dan terutamanya PPBM...

Proton Ambil Berat Isu...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton...

Izara Aishah Lancar Jenama Pewarna Bibir Sendiri

PELAKON cantik Izara Aishah kini telah bergelar usahawan kosmetik dengan pelancaran produk sulung syarikatnya, iaitu pewarna bibir atau matte lipstick berjenama Madame Izara.

Selain itu, bagi menyokong kempen promosi produknya, Izara juga bakal muncul dalam drama web bersiri berjudul Madame’s Diary yang akan memaparkan realiti kehidupan seharian Izara yang kini menyandang jawatan Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain daripada perjalanan hidupnya sebagai artis.

“Penggambaran drama web ini akan dilakukan tak lama lagi. Setiap episod akan mempunyai durasi antara lima hingga 10 minit,” katanya.

Today is the final day to pre order 😘 @madameizara @madameizara @madameizara

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

Episod pertama dijadual untuk disiarkan pada 1 Julai depan.

Produk kosmetik yang dilancarkan hari ini adalah cubaan kali pertama pelakon filem J Revolusi itu menceburi dunia perniagaan dan ia sudah pun menunjukkan tanda awal untuk berjaya.


Ini kerana menurut Izara, setakat ini sudah 3,000 unit produk Madame Izara yang ditempah oleh pelanggan.

Mengetengahkan konsep ala-ala lip kit jenama Kylie Jenner, setiap set pewarna bibir Madame Izara didatangkan dengan sebatang gincu, penggaris bibir dan pengasah, dan dijual dengan harga RM88 setiap satu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori