Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bapa Aktivis Adam Adli...

BAPA kepada aktivis pelajar Adam Adli, Abd Halim Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia...

Walaupun Terkhilaf, Surat SPRM...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu tegas membanteras penyalahgunaan kuasa dan...

Gaun Pengantin Kate Middleton...

SEORANG pereka fesyen telah memfailkan saman terhadap sebuah butik British  kerana dipercayai telah...

“Saya Bukti Mangsa Bohong...

KUALA LUMPUR – Pembangkang perlu menghentikan pembohongan serta fitnah yang dilemparkan semata-mata  kerana...

Jabatan Perhutanan Digesa Tingkat Pemantauan

KUANTAN – Jabatan Perhutanan digesa meningkatkan rondaan dan pemantauan di hutan simpan termasuk Hutan Simpan Bukit Galing, Semambu di sini ekoran dakwaan empat batang balak ditebang secara haram.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung berkata empat batang balak jenis meranti dan damar hitam yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 itu dipercayai ditebang oleh mereka yang profesional dalam pembalakan.

“Kegiatan haram ini terbongkar kerana aduan penduduk setempat yang melibat kesan pokok ditebang semasa masuk ke hutan untuk memikat burung. Saya menghubungi Jabatan Perhutanan dan meminta mereka menghantar wakil untuk turut sama meninjau aduan itu.

“Dan memang benar, tinjauan kami ke hutan ini mendapati empat batang balak sudah tiada,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Hutan Simpan Bukit Galing di sini, hari ini.


Lee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa dan membuat aduan jika melihat kegiatan serupa di hutan simpan lain.

“Penerokaan balak secara haram ini tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan merosakkan hutan simpan yang terdapat di daerah ini dan ini melibatkan ekosistem negara kita dan kelestarian hutan untuk masa depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori