Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Nora Danish: Jangan Terkejut...

WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin...

Polis Sabar Diserang Wanita...

JAKARTA - 'Sabar itu istana iman'. Berkat kesabarannya, seorang anggota polis, Aiptu Sutisna,...

Pesakit Maut Dipercayai Terjatuh...

KUANTAN - Seorang pesakit lelaki maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan...

Mengaku Polis Singapura Ditahan...

KUALA KANGSAR - Polis menahan seorang lelaki yang mengaku anggota polis Singapura di...

JPS Akan Tambah 45 Lagi Laras Senjata Api

SANDAKAN – Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) akan menambah 45 lagi laras senjata api untuk dibekalkan kepada pegawainya yang bertugas di kawasan berisiko pencerobohan hutan yang tinggi.

Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Sam Mannan berkata hutan terbabit merangkumi kawasan Ulu Segama Malua, Ulu Kalumpang, Sugut Beluran, Keningau dan Kudat.

Katanya senjata api tersebut juga akan dibekalkan kepada anggota Pasukan Khas Skuad SFD Protect.

Kelulusan tambahan senjata api itu telah diterima dan pada masa sekarang JPS mempunyai 45 laras senjata api yang terdiri daripada pistol jenis Glock, Scorpion Evo, Shotgun Benneli dan MKA1919, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sam berkata pertambahan pemegang Lesen Carry and Use (C&U) juga telahpun diluluskan kepada 28 orang menjadikan jumlah keseluruhan pemegang Lesen C&U JPS seramai 90 orang.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap pegawai dan kakitangan JPS yang diberikan lesen C&U sentiasa menjalani latihan bagi menajamkan kemahiran tatacara penggunaan, keselamatan dan penyelenggaraan senjata api.


Katanya latihan terkini dijalankan di Lapang Sasar Persatuan Menembak Sabah (SSA) di Kota Kinabalu pada 21 Mei lepas.

Menurutnya setiap pegawai dan kakitangan JPS yang telah diperuntukkan senjata api mesti menggunakan senjata berkenaan secara berdisiplin dan sentiasa mematuhi garis panduan prosedur operasi standard yang telah disediakan.

Latihan menembak sehari itu disertai 62 pegawai dan kakitangan JPS termasuk Sam yang dikendalikan oleh dua jurulatih daripada SSA. – BERNAMA

Kategori