Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Akta Hasutan Perlu Ditambah...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa...

Dua Maut Membabitkan Myvi...

GERIK - Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan...

Pelajaran Komunis Dalam Buku...

KERAJAAN belum mengkaji sama ada mahu meletakkan sejarah perjuangan komunis di dalam buku...

Dyana Sofya Desak UM...

KUALA LUMPUR - Peguam muda yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang...

Jalan Raya Sesak, Kereta Api Barang Tergelincir

JOHOR BAHRU- Kereta api barang milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, hari ini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir dua jam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.30 tengah hari yang membabitkan sebuah kereta api dari Pelabuhan Johor menghala ke Skudai tergelincir daripada landasan pada kilometer 29.50.

Insiden yang membabitkan kereta api dengan 31 gerabak yang dipandu oleh dua krew KTMB itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kematian.

Menurutnya, kerja- kerja mengalihkan kereta api itu berjaya diselesaikan kira-kira jam 2.05 petang dengan kerjasama KTMB, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jalan Raya Sesak, Kereta Api Barang Tergelincir


Susulan insiden tersebut, kesesakan teruk dilaporkan di kawasan berkenaan namun kembali seperti biasa selepas kerja pengalihan kereta api selesai. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori