Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

BN Perak Enggan Terlibat...

PETALING JAYA - Barisan Nasional (BN) Perak memaklumkan pihaknya tidak mahu terlibat dengan...

ESSCom Patahkan 7 Cubaan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dapat mematahkan tujuh...

Peniaga Kerugian RM20,000 Barang...

MARANG - Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM 20,000 selepas satu dulang...

Kastam Banteras Penyeludupan Mercun

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) memperhebatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan...

Jamal Tayang ‘Rantai Berlian’ Yang Disebut DoJ

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos secara sinisnya menayangkan kepada media ‘rantai berlian’ yang didakwa milik isteri kepada MO1 sebagai gimik berkenaan isu itu.

Beliau pada satu sidang media berkata, ia adalah kalung yang digembar-gemburkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Pada hari ini saya membawakan kalung yang digembar-gemburkan oleh DoJ. Inilah kalungnya yang dikatakan berharga beratus juta.

“Saya pun ada kalung yang berharga 120 juta. Jadi bagaimana kita nak mempercayai tuduhan-tuduhan sedemikian. Jadi, apa yang disebut DOJ itu saya telah dapatkan melalui beberapa sumber saya, inilah dia.

“Insya-Allah dalam waktu terdekat, saya akan lakukan lelongan awam. Siapa yang berani bida,” katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya dekat sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Jamal turut membantah tindakan DoJ dan mendakwa ia adalah permainan politik pembangkang.

“Kami membantah sekeras-kerasnya politik pembangkang ini. Ini adalah cara untuknya rosakkan negara dan runtuhkan akhlak rakyat Malaysia.


“Mereka ini fitnah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor kononnya beli barangan keperluan peribadi menggunakan sejumlah wang.

“Sehingga kini, tidak ada bukti yang ditunjukkan oleh DOJ, selain beberapa dokumen ditunjukkan pengikut Dr Mahathir,” katanya.

Datuk Seri Jamal sebelum ini pernah melakukan beberapa gimik luar biasa yang menarik perhatian berkenaan isu-isu yang cuba dibangkitkan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=8dNZoNKCCJE

Kategori