ALAHAI, kesian jutawan terkenal, Datuk Seri Vida tak pasal-pasal anak perempuan yang berusia 12 tahun menjadi mangsa hinaan netizen bermulut longkang.
Iyelah, siapa yang tak terasa hati anak yang dikasihi bagai minyak yang penuh dikutuk-kutuk hitam dan hodoh.
Memang pedih hati dan terkilan hati seorang ibu, betul tak?
Perkara itulah yang diluahkan Vida di Instagram apabila rupa paras anaknya yang dikenali sebagai Cik B dihina-hina.
Malah, Vida turut memberi amaran kepada para netizen agar tidak lagi mengutuk anaknya kerana baginya ini adalah waktu Cik B menikmati zaman kanak-kanaknya.
“Jangan kutuk Cik B hitam. Masa kecil saya lagi hitam daripada Cik B.. Cik B nak enjoy masa childhood dia.
“Ikut de redah jer… Main bola tengah panas dengan budak budak jate (jantan).. Cik B jenis Brutal,” tulisnya.
Dalam posting yang lain, Vida turut memuat naik gambar Cik B semasa usianya dalam lingkungan dua tahun.
Menurut Vida, dahulunya anaknya memiliki warna yang cerah namun ekoran bermain panas kulitnya menjadi gelap.
Namun dia tidak kisah perkara itu kerana bagi Vida dia tetap menyayangi anak perempuan tunggalnya itu.
Pada masa yang sama, Vida turut memuji-muji sikap dan kepandaian yang dimiliki oleh Cik B.
“Cik B ni bijak orangnya… Minat muzik dan edit video…Bisnes pun pandai.. Dah ada agent dan stokis sendiri. Mana budak 12 tahun buat gitu?” luah Vida lagi.
Bulan-bulan Ramadan ini pun masih ada lagi individu aktif bermulut longkang. Alahai, apa nak jadi? – MYNEWSHUB.CC