Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penggunaan Hampas Isirung Sawit,...

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan penggunaan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan...

Pihak Berkuasa Adil Terhadap...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa akan berlaku adil dan tidak memihak kepada mana-mana...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan...

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan...

Dengan Geely, Proton Dapat...

KUALA LUMPUR - Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan oleh pengeluar kereta...

Jari Kanak-Kanak Tersepit Dalam Eskalator

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam setelah dua jari tangan kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini, Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, 2, sedang bermain dengan kakaknya di sebuah kawasan di tingkat tiga plaza berkenaan sebelum terjatuh ke atas eskalator menyebabkan jarinya tersepit.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, pihak pengurusan pusat itu segera menghentikan eskalator.

Pihak bomba menghantar dua jentera bersama 11 anggota sejurus menerima panggilan kecemasan dan setibanya di sana, didapati jari mangsa tersangkut pada plat eskalator.

“Jari terlibat adalah jari kelengking dan jari hantu dan untuk menyelamatkannya, bomba terpaksa memotong sebahagian plat itu.


“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. – BERNAMA

*Video tiada kaitan dengan berita di atas…

Kategori