Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MH122 Dilencongkan Ke Alice...

KUALA LUMPUR - Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan...

Malaysia Perlukan 6.1 Tahun...

Dari Facebook Najib RazakMENGIKUT kadar vaksinasi terkini, Malaysia akan perlu tempoh 6.1 tahun...

Maxis Tumpukan Perkhidmatan Internet...

KUALA LUMPUR - Pengendali rangkaian telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia, Maxis Bhd...

Petronas Tegas Lawan Tuntutan...

PETALING JAYA : Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas menegaskan akan melawan sebarang...

Jenazah Pelajar Maut Di Edinburgh Dibawa Pulang

PUTRAJAYA – Jenazah pelajar perubatan Malaysia di Universiti Edinburgh, Scotland, Zhi Min Soh, yang maut dalam kemalangan pada 31 Mei lepas akan dibawa pulang dalam masa terdekat, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini berkata urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh Education Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), polis, hospital dan Universiti Edinburgh.

Menurutnya, keluarga mendiang telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Menurut laporan media, nahas berlaku pada 8.30 pagi apabila roda basikal yang ditunggang Zhi, 23, tersangkut pada laluan trem di tengah bandar Edinburgh sebelum terjatuh ke laluan kenderaan utama dan dirempuh oleh bas pelancong.


Zhi yang merupakan pelajar tahun empat tajaan JPA dilaporkan meninggal dunia di Hospital Edinburgh Royal Infirmary akibat kecederaan yang teruk.

Sehubungan itu, KPT mengingatkan pelajar Malaysia supaya sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan terutamanya ketika memandu dan menguruskan pergerakan seharian. – BERNAMA

Kategori