Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemain Badminton Perlu Pentingkan...

SEREMBAN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)...

Saringan Sejarah Kesihatan Sebelum...

PUTRAJAYA - Saringan alahan dan sejarah kesihatan lain akan dilakukan, sebelum seseorang vaksin...

Pahang, JDT Terus Rentak...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Malaysia...

Banduan Dibenarkan Keluar Penjara...

HEBAT wanita ini. Walaupun dipenjarakan selama enam tahun kerana merompak dan mengugut mangsanya,...

Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Berikutan penganjuran program Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil tampil membuat laporan polis.

Ketuanya, Rohazam Bakar turut mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit yang sengaja menjadikan Malaysia sebagai lokasi untuk program perhimpunan keagamaan itu.

“Tahukah kita Jerusalem’s Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel rampas kota Jerusalem dalam perang 6-hari 1967 dan sempena tahun ke-50 itu, ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

“Kami Pemuda UMNO menolak sekeras-kerasnya sambutan ini diadakan di Malaysia terutamanya di bumi Melaka ini! Malaysia tidak mengiktiraf Negara Yahudi,” katanya dipetik laporan UMNO Online.

Dalam pada itu katanya, Pemuda UMNO juga mahu tahu siapakah dalang di sebalik penganjuran program berkenaan yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti serta sentimen rakyat di negara ini terhadap rejim Israel.


“Laporan dibuat di Balai Polis Bukit Baru pada petang Isnin dan kami Pemuda UMNO Bukit Katil memohon kerjasama orang ramai untuk hadir bagi membantah program itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sC5hkMT5CH4

Kategori