Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Baru Nak Tunjuk ‘Power’,...

TULAR di media sosial sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu kereta cuba menunjuk...

SOP Baharu Umrah Wajibkan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP)...

Malaysia, Indonesia Rangka MoU...

BANGI - Malaysia dan Indonesia kini sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman di...

Enakmen Halal Negeri Selangor...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan membuat pemindaan terhadap Enakmen Halal Negeri supaya...

JKNT Nafi Pemuda Meninggal Akibat Denggi

BESUT – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan kematian seorang peniaga pakaian secara online Muhammad Muzamil Mat Ranizi, 21, dari Besut, Jumaat lalu berpunca daripada denggi.

Pengarahnya Dr Mohamad Omar berkata kematian pemuda berasal dari kampung Gertak 100, Kuala Besut itu berpunca daripada serangan kuman hingga wujud komplikasi penyakit lain termasuk buah pinggang dan paru-paru.

“Pada asalnya mangsa memang dikenal pasti menghidap denggi tetapi setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) , Kuala Terengganu setelah dipindahkan dari Hospital Daerah Besut pada 16 Mei lalu, penyakit denggi yang dihidapinya telah pulih”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Serta Nafas Baharu Bermula Ramadan 2017 di di sini.

Bagaimanapun, katanya, keadaan mangsa bertambah serius ekoran jangkitan kuman menyebabkan timbul beberapa jenis penyakit lain semasa berada selama 18 hari di Unit Kecemasan HSNZ hingga beliau meninggal dunia pada pukul 9.23 pagi, Jumaat lalu.

Sehubungan dengan itu Dr Mohamad menafikan laporan sebuah akhbar arus perdana semalam yang melaporkan mangsa meninggal dunia kerana penyakit denggi.


Setakat ini, hanya seorang kanak-kanak, Nur Istinadiana Che Dollah, 11 dari Kampung Sentosa, Kampung Raja meninggal dunia akibat denggi.

Sementara itu, pemeriksaan yang dilakukan oleh penguat kuasa JKNT ke bazar sejak awal Ramadan mendapati 18 jenis makanan yang diuji di tujuh buah daerah mengandungi bahan terlarang dan tidak sesuai untuk dimakan.

Dr Mohamad berkata sembilan daripada makanan itu diambil dari bazar di Setiu, empat di Besut, tiga di Kuala Nerus dan masing-masing satu di daerah Hulu Terengganu dan Dungun. Kesemua pengusaha turut dikompaun.

Setakat ini pihaknya telah membuat pemantauan di 1,777 premis makanan di 55 bazar Ramadan dan turut membuat pemeriksaan ke atas 3,439 pengendali makanan di seluruh negeri. – BERNAMA

Kategori