Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KBS Sedia Ikut Saranan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit...

Berjalan Tiga Hari Untuk...

MADAGASCAR – Selama empat dekad, Sambany hidup dengan tumor seberat 7.46 kilogram di...

Rekod 100M Zaidatul Belum...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih...

Keperluan Rakyat Fokus Bajet...

KUALA LUMPUR - Keperluan rakyat menjadi fokus utama dalam Bajet 2017 Dewan Bandaraya...

Johor Bakal Miliki Stadium Bernilai RM450 juta

JOHOR maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola sepak termoden di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM450 juta.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara yang menggunakan khidmat arkitek dari England.

Menurut kemaskini yang dikongsi di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu telah mendengar taklimat mengenai struktur dan rekaan dalaman terkini stadium berkenaan yang akan dibina di Iskandar Puteri, Johor.

Johor Bakal Miliki Stadium Bernilai RM450 juta
TMJ (kanan) meneliti lakaran Stadium Sultan Ibrahim Larkin pada sesi taklimat bersama pereka stadium itu pada Rabu.

“Taklimat tersebut diberikan oleh pereka bentuk dalaman dari England yang menerangkan bahawa rekabentuk stadium baharu ini dibuat berlandaskan konsep penentuan, fokus, berani, transformatif, berbeza dan pertimbangan.

“Rakyat Johor perlu berbangga kerana stadium bola sepak termoden ini terletak di negeri Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut posting tersebut.


Turut hadir Datuk Daing Malik dan beberapa wakil dari Country Garden bagi meneliti lakaran terkini stadium yang dijangka siap pada Februari 2019 itu. – mStar Online

Kategori