Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shabery Dedah Pengalaman Bersama...

MARANG - Setelah 30 tahun berlalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk...

Zaid Memang Biadab, Sultan...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap ahli DAP,...

Henry Chin – Insan...

KOTA KINABALU - Mendiang Tan Sri Henry Chin meninggalkan legasi sebagai seorang yang...

4 Wanita Terperangkap Berjaya...

LABUAN - Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berjaya menyelamatkan empat wanita yang...

JPJ Terengganu: 781 Notis Saman Kepada Penunggang

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 781 notis saman dalam tempoh dua hari Ops Khas Motosikal yang dilaksanakan serentak di beberapa daerah sejak Khamis.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan saman melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, selain lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi khas ini dijalankan di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Besut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini awal pagi tadi.

Operasi itu dijalankan bersama polis, imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Operasi malam tadi turut menyaksikan dua warga Myanmar berumur dalam lingkungan 40-an ditahan.


“Mereka ditahan kerana tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh dan pemeriksaan lanjut imigresen mendapati mereka tinggal lebih masa di sini,” katanya.

Beliau berkata AADK pula menahan dua daripada 37 penunggang dan pembonceng motosikal yang diperiksa selepas didapati positif mengambil bahan terlarang. – BERNAMA

Kategori