Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Kesahihan Akuan...

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan...

Jangan Risau Fenomena Kerang...

SHAH ALAM ā€“ Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di perkampungan Pulau...

Video Suami Lana Nodin...

SATU rakaman video memaparkan suami kepada pelakon Lana Nodin, Mohd. Daud McKienzie memarahi...

Terengganu Tekad Cemerlang Saingan...

KUALA TERENGGANU - Sikap terlalu berhati-hati dan teragak-agak untuk merebut bola daripada pihak...

Julia Perez Makin Kritikal Lepas Dibedah

KESIHATAN pelakon seksi Julia Perez yang menghidap kanser serviks tahap empat semakin merundum selepas menjalani pembedahan pada Khamis (semalam).

Menurut adiknya, Nia Anggia kesihatan Julia semakin tidak menentu dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan kakaknya.

“Sekarang ini keadaannya masih tidak menentu dan dia hanya tidur serta terbaring di atas katil sahaja selepas menjalani pembedahan.

“Dia juga belum menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan dan doktor menyarankan agar dia untuk banyak berehat.

“Saya yakin pasti ada keajaiban buat dia untuk pulih dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa,” menerusi laporan Kapan Lagi.


Nia yang sedang menjaga dan menjawab segala persoalan media tentang eadaan kakaknya di hospital buat masa ini.

Sementara itu, Nia memberitahu kakaknya kini masih memerlukan darah jenis A kerana bilangan darah di hospital berkenaan kurang mencukupi.

“Julia masih memerlukan darah jenis A daripada orang ramai dan saya berharap agar mereka yang mempunyai darah jenis itu dapat membantunya.”.-MYNEWSHUB.CC

Kategori