MELAKA – Jumlah mangsar banjir di Melaka menurun sedikit kepada 118 orang setakat 8 pagi ini berbanding 126 mangsa malam tadi,
Ini berikutan lapan mangsa daripada dua keluarga di daerah Alor Gajah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Lt .Kol (PA) Effendy Ali, dalam kenyataan berkata, secara keseluruhan, sejumlah 27 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di duah buah pusat pemindahan banjir di Alor Gajah dan 91 mangsa daripada 19 keluarga di daerah Jasin.
Beliau berkata tiga kampung di Alor Gajah yang terlibat dengan bencana itu ialah Kampung Padang Kerbau Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Pulau, manakala di Jasin ialah Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong.
Katanya, banjir disebabkan beberapa sungai di kawasan tersebut melimpah akibat hujan lebat pada Isnin lepas dan lebih ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang sekiranya cuaca cerah berterusan hari ini. – BERNAMA