Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PPIM Desak KPDNHEP Pantau...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Pemuda Iran Seiras Messi...

TEHERAN - Mungkin ada benarnya jika kata orang tua zaman dulu bahawa konon...

Mesin ATM Diletup Guna...

JITRA - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan...

MAHB Mahu Pasang Lebih...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menambah walkalator baharu di...

Jurulatih Angkat Berat Jamin Pingat Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR – Jurulatih angkat berat kebangsaan Stefan Stefanov menjanjikan rekod kebangsaan dan pingat bagi acara itu pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini.

Jurulatih dari Bulgaria itu menyasarkan satu pingat perak dan dua gangsa masing-masing melalui Hafifi Mansor, Muhamad Fazrul Azri dan Loro Wellkinson.

“Saya jamin kita akan catat rekod kebangsaan, raih satu perak dan dua gangsa daripada atlet Kita Juara. Kebanyakan mereka ini baru pertama kali menyertai Sukan SEA.

“Kita hanya sasarkan itu kerana mereka masih muda, namun saya yakin mereka akan catat prestasi lebih baik pada Olimpik 2020. Sukan SEA ini cuma latihan untuk mereka,” kata Stafanov pada sidang media Program Kita Juara 2017, di Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Empat atlet Kita Juara terpilih membawa cabaran negara ke Sukan SEA kali ini iaitu Hafifi, Muhamad Fazrul, Loro dan Hazal Wafi Izhar.

Sementara itu, pengurus pasukan angkat berat negara Abdullah Awang berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan persaingan daripada Thailand dan Vietnam yang pernah meraih pingat di Sukan Olimpik.


“Walaupun kita ada atlet seperti Hafifi yang merupakan terbaik di Malaysia, kita kena ambil kira juga kekuatan atlet negara-negara bertanding yang lain. Hafifi dan Wafi kini menjalani latihan di China manakala Fazrul dan Loro sedang menjalani latihan di sini mengikut jadual yang ditetapkan.

“Bagi memantapkan lagi prestasi, mereka berempat akan Korea Selatan untuk menjalani latihan intensif selama sebulan. Kita memilih Korea Selatan disebabkan keadaan cuaca dan standard kejurulatihan yang lebih baik daripada kita,” kata Abdullah.

Sementara itu, Loro yang pertama kali menyertai Sukan SEA, yakin dapat merealisasikan sasaran pingat gangsa tersebut. – BERNAMA

Kategori