Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Abang Tembak Lutut Adik...

SEORANG gadis telah ditembak di bahagian lutut oleh abangnya selepas lelaki itu 'bengang'...

Jadi ‘Lab Rat’, Pelajar...

GARA-GARA tersalah sukatan kafein, dua pelajar universiti nyaris maut selepas dikatakan meminum 300...

65.1 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di...

Polis Tahan 2 Beradik...

MARANG - Dua beradik lelaki diberkas bersama sejumlah dadah dan mercun bola dalam...

Jururawat Mogok Di Kenya, 6 Pesakit Maut

NAIROBI – Enam pesakit maut apabila perkhidmatan hospital kerajaan di beberapa negeri di Kenya tidak dapat beroperasi sepenuhnya selepas jururawat mengadakan mogok kerana kelewatan perjanjian berhubung kenaikan gaji, kata seorang pegawai kesatuan.

Mogok berkenaan juga menyebabkan ramai pesakit terpaksa dirujuk ke hospital lain sekaligus mengusarkan pihak kerajaan menjelang pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos.

Menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Khadija Shikely, enam kematian itu dilaporkan di Hospital Pantai Daerah Mombasa iaitu tiga di Jabatan Kecemasan dan tiga lagi di wad.

Perjanjian mengenai kenaikan gaji ditandatangani pihak kesatuan, kerajaan pusat dan daerah bagaimanapun, suruhanjaya negara yang bertindak sebagai penasihat berkaitan gaji kakitangan sektor awam menolak perjanjian berkenaan.

Justeru Majlis Gabenor yang mewakili daerah bercadang mencabar penolakan itu.

“Jururawat berikrar meneruskan mogok sehingga kerajaan menandatangani perjanjian,” kata pemangku Setiausaha Agung Kesatuan Jururawat Kebangsaan Kenya Maurice Opetu kepada Reuters. Kesatuan dianggotai kira-kira 26,000 jururawat.


Sementara itu, pesakit di wad hospital Mombasa diletakkan tanpa pengawasan dan bahagian kecemasan menyaksikan pesakit terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan rawatan.

Hospital Pantai Daerah Mombasa adalah pusat perubatan kerajaan terbesar di kawasan pantai Kenya.

“Buat masa ini, kami menumpukan kes kritikal sahaja. Pusat bersalin langsung tidak dapat beroperasi tanpa jururawat dan menasihatkan ibu hamil mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta,” kata seorang doktor di bahagian kecemasan. – BERNAMA

Kategori