Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Amanah Buat ‘Flash Mob’,...

Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini...

Mexico: 6 Maut Bangunan...

BANDAR MEXICO - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila tempat parkir kereta dalam pembinaan...

2 Juruteknik Didakwa Larikan...

SHAH ALAM - Dua juruteknik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Mahathir Syor Malaysia, Pakistan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh tentang ‘persamaan luar biasa’...

Kalau Yakin Ada Misi: Move On TMJ!

RUNGUTAN Presiden Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kritikan media terhadap keputusan kekalahan Harimau Malaya kepada Lebanon terdengar sangat janggal. Bunyinya seperti melatah pun ada, seperti kecewa pun boleh dikata nampak ketara.

Semuanya kerana media! Seolah-olah teguran media terhadap pretasi skuad kebangsaan tidak sepatutnya dibuat. Mengaitkan kekalahan itu dengan Presiden FAM adalah tidak wajar!

Lebih terasa aneh, dalam usaha TMJ membela diri, habis menyeret nama Sultan Pahang dan Pemangku Sultan Pahang. Habis diungkit sejarah silam yang langsung tak relevan dengan realiti kekalahan pertama skuad negara dibawah kepimpinannya.

Pertama sebagai Presiden FAM, TMJ kena belajar menerima kritikan. Ini bukan era menjadi Presiden atau Penasihat Persatuan Bolasepak Johor. Kini TMJ menjaga nilai kebangsaan. Malah, jawatan Presiden FAM yang dipegangnya, diduduki dengan semangat mahu memimpin tanpa paksaan media mahu pun penyokong negara.

TMJ janji bermacam-macam ketika menawarkan khidmat demi bolasepak negara. Sekali pun ada pesanan agar peminat tidak mengharapkan magik. Namun, bolasepak ada tradisinya. Kalah kena terima kritik; bila menang pun kenalah berlapang dada dan berpijak di bumi nyata walaupun menang.

Kalau Harimau Malaya menang sekali pun pada Selasa lalu, orang pun tidak menyebut TMJ sudah mengembalikan bolasepak Malaysia ke era tahun tujuh puluhan. Perjalanan TMJ memulihkan ketika ranking Malaysia untuk kembali berada pada tahap 70 terbaik dunia masih jauh.

Standard permainan yang dipamerkan skuad kebangsaan ada peningkatan. Tetapi kalau latak dengan standard permainan pada perlawanan 13 Jun lalu, sah-sahlah Harimau Malaya hadir ke Piala Asia sekadar jadi lauk ratahan. Realiti perlawanan malam itu membuktikan corak permainan main mundur; stamina masih kampungan dan taktikal nampak amatur saja!

TMJ kena segera matang; kritikan akan terus dilemparkan. Kalau kalah dengan Hong Kong dan Korea Utara September nanti, kritikan akan lagi teruk.

Ini bolasepak, sukan nombor satu. Maka peminat mengharapkan banyak keajaiban. Itu magis jadi Presiden. Kalau gagal pasti dikritik bertalu-talu. Kalau gagal layak ke Piala Asia 2019 nanti, percayalah – bukan saja kritikan, TMJ akan jadi jenaka bolasepak akibat kekecewaan peminat. Media pula akan terus melaporkan suara peminat.

Dalam mana-mana persatuan dan sukan pun, bukan tugas media untuk suka-suka menyokong mana-mana individu yang memimpinnya! Media ada tanggungjawab lain yang relevan.

Inilah bolasepak. Tidak boleh mengharapkan glamer saja; kedudukan datang serentak dengan pakej kritikan.

Kenapa perlu melatah? Mengheret dan mengungkit kisah lampau FAM sewaktu era kepimpinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden sangat menyedihkan. Apa kena mengena Harimau Malaya kalah dengan Labenon dan isu peristiwa rasuah era tahun lapan puluhan?

Media mengkritik teruk kepimpinan FAM ketika kita kalah 0-10 dan 0-6. Apabila kalah pasti dikritik. Ini realiti dalam sukan.


Dalam Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail menyatakan:

“Ketika sejarah kegelapan bola sepak negara dimana lebih 100 pemain didapati terlibat dalam gejala rasuah, tiada pun media menyebut nama Sultan Pahang.

“Pada dua tiga tahun yang lepas ketika pasukan Malaysia kalah besar 10-0, 6-0 tiada sesiapa pun yang menulis nama Tengku Mahkota Pahang (Tengku Abdullah) atau Dollah Salleh (bekas jurulatih Harimau Malaya).

“Tetapi hari ini, selepas pasukan Malaysia tewas satu perlawanan dengan pasukan yang kuat, media telah menulis Tunku Mahkota Johor telah gagal,” kata laman Facebook berkenaan semalam.

Kenapa nak kaitkan isu kena kritik dengan Tidak memberi suapan kepada media dan menjaga ahli-ahli politik? Mengarut!

Pandangan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenai ranking Lebanon tidak sekuat mana berbanding Malaysia adalah realiti. Logik analisis menang realistik dengan perbandingan itu.

Skuad negara tewas 1-2 kepada Lebanon pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

TMJ kena belajar berjiwa besar. Tidak boleh buang masa apabila setiap kali kalah, dipetik segala sejarah buruk orang kalah, dipetik segala sejarah buruk orang lain untuk dibandingkan dengan diri sendiri. Itu tidak realistik.

TMJ memilih hendak memimpin. Maka beraksilah seperti pemimpin sejati. Kalau yakin ada misi: Move On!

Ops! Terkini. Pengerusi Persatuan Bolasepak Korea Selatan pun letak jawatan selepas kalah 2-3 kepada Qatar kelmarin. Tekanan peminat. Inilah bolasepak!

Kategori