Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sayu! Netizen Sebak Dengar...

HUBUNGAN cinta antara dua selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ternyata terhenti di...

Sejam Tahan Sakit Kaki...

JOHOR BAHRU - "Kamu adalah hero saya," berulang kali Raydon Koh mengungkapkan ayat...

KM Sarawak Seru Rakyat...

KUCHING – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat negeri...

CEO Zakat P.Pinang Sekali...

BUTTERWORTH - Selepas dua kali didakwa di mahkamah sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif...

Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami keadaan di mana saiz kepalanya membesar dua kali ganda berbanding saiz normal, telah meninggal dunia.

Roona Begum, yang mendapat perhatian dunia selepas keadaannya itu didedahkan pada 2013, meninggal dunia di rumahnya di sebuah kampung di kawasan pedalaman India.

Menurut ibunya, Fatima Begum, anaknya itu mengalami kesukaran bernafas.

“Dia sebelum ini sihat namun Ahad lalu, dia mula alami kesukaran bernafas dan saya menghubungi suami saya memintanya balik ke rumah dengan segera.

Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia

“Suami saya berkejar balik ke rumah dan memberinya air sebelum dibawa ke hospital namuan Roona telah meninggal dunia,’’ kata Fatima.

Pada 2013, ibu bapanya yang terdesak telah meminta bantuan media untuk membolehkan anak mereka mendapatkan pertolongan.


Hospital di New Delhi kemudiannya bersetuju untuk merawat Roona secara percuma.

Sepanjang tempoh empat tahun ini, Roona telah menjalani lapan pembedahan dan saiz kepalanya berjaya dikurangkan daripada 94cm kepada 58cm.

Roona bagaimanapun tidak boleh duduk atau makan tanpa bantuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori