Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tertinggal RM50k, Aliff Syukri...

SESIAPA yang mengikuti perkembangan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menerusi laman sosial, pastinya maklum...

Ibu Bawa Bayi Lepas...

KUALA LUMPUR - Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki...

50 Bas Bawa Penyokong...

Johor Bahru : Sebanyak 50 buah bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak...

Pos Malaysia Keluar Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi set setem...

Kanak-Kanak Maut, Kereta Dinaiki Langgar Pokok

ARAU – Seorang kanak-kanak perempuan maut, dua cedera parah dan tiga lagi cedera selepas kenderaan dinaiki enam sekeluarga itu terbabas dan melanggar pokok di Km 16 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini malam semalam.

Nursyazani Shazrin, 4, yang cedera parah pada badan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, manakala ibunya Norhana Sawal, 30, dan sepupunya Nur Ufairah Afiqa Mohd Zaini, 3, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Nanda Maarof berkata tiga lagi iaitu bapa Nursyazani, Shazrin Sajat, 30, dan abang Norhana, Mohd Zaini Sawal, 41, serta anaknya Nur Uzma Aqilah, 6, cedera.

Nanda berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam apabila Honda Stream yang dipandu Shazrin hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Keluarga terbabit yang berasal dari Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari Langkawi, katanya dalam kenyataan hari ini.


Kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 19987. – BERNAMA

Kategori