Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tren Elektrik Pertama Tanpa...

CHANGSHA - Tren tanpa pemandu pertama di dunia, Transit Rel Autonomi (ART), telah...

KKM Tak Manipulasi Data...

PUTRAJAYA - Data harian kes positif COVID-19 yang diumumkan setiap hari diperoleh melalui...

Mat Indon Biadap, Gelar...

SESEDAP rasa saja Mat Indon bernama Aldo Zahra ini melabelkan anggota polis Malaysia...

Tun Mohd Khalil Angkat...

MELAKA - Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang...

Karipap Inti ‘Sebji’ Bawang Di Bulan Ramadan…

KUALA LUMPUR – Sungguh tidak patut apabila ada peniaga yang didakwa sengaja mengambil kesempatan sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Kisah berkenaan sering kali berlaku menyebabkan pelanggan semakin muak dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan terbaharu, inti karipap berisi sebiji bawang pula heboh diperkatakan di media sosial.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter @hrsrf, karipap berkenaan dipercayai dibeli daripada peniaga di sebuah bazar ramadan di sini.

“Nak tahu tak apa lagi teruk daripada karipap inti angin/oksigen?? KARIPAP INTI SEBIJI BAWANG!” tulisnya pada Isnin.

JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi

Gambar karipap ‘unik’ itu sehingga kini menerima lebih daripada 8,200 perkongsian dan 2,200 tanda ‘like’ sejak dimuat naik semalam.

Ia lantas menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya beranggapan terlalu lucu untuk dijamah dan tidak kurang juga mengatakan peniaga terbabit mungkin tersilap ketika meletakkan inti.

JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi

JKNT Terima 4 Aduan Makanan Kitar Semula, Basi


“Tak rugi ke makcik tu dah la bawang tu mahal,” kata @piocookies.

Manakala @afif_ylce berkata: “Ini lah karipap yang paling kejam pernah aku tengok.”

“Wehh! Lagi teruk, hahaha. Nasib karipap ai tak macam tu. Full tank without any space of o2 lagi tu. Hahaha,” kata @ziraayang.

Apa-apa pun kepada peniaga bazar ramadan di luar sana, sebelum marah pada rungutan orang ramai cubalah letakkan diri anda dalam kasut pengguna.

Bagaimana kalau yang terkena adalah anda sendiri, mesti hati pun panas kan? – MYNEWSHUB.CC

Orang Kata Simkad Ni Panjang Umur?

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori