Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Watikah 5...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Pengusaha Gerai, Restoran Naikkan...

Kuala Lumpur : Kadar harga makanan dan minuman yang dijual di gerai dan...

Acah Bagi Makan, Lelaki...

ACAH-ACAH lagi nak bagi makanan, ha kan dah kena 'makan'! Itu situasi cemas yang...

Hairul Azreen, Ammar Akan...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan...

Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST

KULIM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah sedang memburu kira-kira 170 peniaga di negeri itu yang masih gagal menjelaskan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masing-masing.

Pengarahnya, Datuk Johari Alifiah berkata kebanyakan peniaga terbabit mengemukakan pelbagai alasan yang tidak logik untuk mengelak daripada dikenakan kompaun.

“Kita akan arahkan pegawai Bahagian GST, pematuhan serta penguatkuasaan membuat audit verifikasi ke atas peniaga-peniaga ini,” katanya selepas melancarkan ‘Ops Kesan GST’, di sini hari ini.

Johari menegaskan pihaknya juga tidak lagi bertolak-ansur selepas ini dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak mematuhi peraturan itu.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah mengesan 267 peniaga yang tidak berdaftar dengan GST di daerah Kulim dan Bandar Baharu setakat Jun 2016.

Sehingga kini terdapat 14,924 peniaga di Kedah yang berdaftar di bawah GST. – BERNAMA

Kategori