Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Penjawat Awam Pemegang Amanah...

KUALA LUMPUR - Kakitangan kerajaan Selangor diingatkan supaya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh...

Ini Melbourne Ke KL?...

KESILAPAN juruterbang memasukkan koordinat yang salah ke dalam sistem navigasi menjadi punca penerbangan...

Tubuh Pasukan Khas Tangkis...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor akan menubuhkan pasukan media sosial bagi...

Keith Foo Namakan Anaknya Sebagai Skylar

PELAKON popular Keith Foo, dan isterinya, Kim Raymond, menamakan anak perempuan sulung mereka sebagai Skylar Raymond Foo.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8.42 pagi, 30 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun sehingga ini, pasangan berkenaan belum menayangkan wajah si kecil kepada umum.

“Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri.

“Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai ‘kekasih’ baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua.

“Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar,” katanya.


Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu berkongsi kegembiraan beliau di Instagram dengan menunjukkan tangan bayin mereka menggenggam jari isterinya.

Hari ini, aktor berkenaan memuat naik pula gambar dirinya memangku Skylar, tanpa menunjukkan wajahnya.

Sementara itu, pada awal kelahiran anak perempuannya, Kim menerusi laman sosial peribadinya memuat naik puisi yang cukup bermakna menggambarkan kebahagiaan mereka berjudul When Two became Three. – MYNEWSHUB.CC

Kategori