GADIS ini, Korie Hayward, 18, ada cara tersendiri untuk memastikan teman lelakinya tidak diusik oleh wanita lain iaitu dengan memastikan dia memakai kemeja-T yang dibuat sendiri olehnya.
Pada bahagian baju itu ditulis ‘If you can read this then you’re too close so stay away’ atau `jika anda boleh membaca ini maka anda terlalu dekat jadi jauhkan diri’.
Manakala pada bahagian belakang pula dicetak gambar Korie bersama dengan bayi mereka yang berusia empat bulan.
Pada mulanya teman lelakinya, Jake Tolliver tidak mahu memakai baju berkenaan namun Korie mendesaknya dengan memberitahu bahawa ia hanya sekadar gurauan.
“Namun tidak lama kemudian barulah Jake mula melihat ia sebagai gurauan dan memakainya,’’ kata Korie yang berasal dari Bristol.
Meskipun ada yang menganggap Korie sebagai gila namun dia tidak ambil peduli. – MYNEWSHUB.CC