Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terpulang Kepada KPDNKK Untuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...

Magician Guna ‘Kuasa Minda’...

KUALA LUMPUR - Pakar silap mata terkenal Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan...

LHDN Disiasat

KUALA LUMPUR - Kes cukai terlebih bayar yang tidak dikembalikan oleh Lembaga Hasil...

AS Laksana Tarif Import...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakan 10 peratus tarif ke atas...

Kelayakan Piala Asia: Lubnan Kalahkan Malaysia 2-1

JOHOR BAHRU – Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Lubnan 1-2 pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Kumpulan B di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi.

Harimau Malaya menyumbat gol awal permainan pada minit ke-42 melalui tendangan Mahali Jasuli selepas bola terlepas daripada genggaman penjaga gol Lubnan Mehdi Kahlil apabila cuba menyelamatkan gawangnya daripada sepakan Mohd Syazwan Zainon.

Bagaimanapun, Lubnan menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi tendangan yang mengelirukan di sebelah kiri gawang oleh pemain tengahnya Rabih Ataya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Mohd Khalid.

Ataya menjaringkan gol kemenangan buat Lubnan pada masa kecederaan di babak kedua menerusi tendangan leret dan sekali gus mematahkan harapan skuad Harimau Malaya untuk bangkit menyamakan kedudukan.

Dengan kemenangan malam ini, Lubnan menjadikan pendahulu Kumpulan B dengan mengutip enam mata. – BERNAMA

Kategori