Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Irmohizam Amal Pendekatan Mesra...

KUALA SELANGOR - Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menggunakan...

Thailand Buka Semula Pusat...

BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk menyediakan pusat...

Dah La Penat Berjalan,...

SEBUAH video pendek berdurasi 22 saat dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS, di China...

Suaram Kecewa 3 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kecewa dengan keputusan Mahkamah...

Keluarga T. Nhaveen Terima Bayaran Perkeso

GEORGE TOWN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyampaikan cek bayaran faedah pengurusan jenazah kepada keluarga T. Nhaveen, yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang Khamis lepas setelah cedera parah dipukul sekumpulan lelaki.

Pengarah Pejabat Perkeso Pulau Pinang A. Anthony Arul Dass menyerahkan cek bernilai RM2,000 itu kepada ibu Nhaveen, D.Shayang, semasa melawat keluarga mangsa di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini.

Beliau berkata Perkeso juga akan memberi pencen bulanan kepada keluarga mendiang sebanyak RM672 sebulan.

Dalam kejadian 2.10 pagi 10 Jun lepas, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia T.Previin, 19, berjaya melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.


Nhaveen, yang berada dalam keadaan mati otak dan hanya dibantu alat pernafasan, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kira-kira 5.30 petang pada 15 Jun lepas. – BERNAMA

Kategori