Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Grab Singapura Mula Lancar...

MESRA ALAM... Syarikat kereta sewa terkenal, Grab mula guna 200 buah kenderaan elektrik...

Seludup Migran: 2 Peniaga...

KUALA KANGSAR - Dua peniaga kain batik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Johor Peruntuk RM420,000 Program...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memperuntukkan RM420,000 bagi melaksanakan program pembangunan komuniti Orang...

Quincy Jones Dakwa Michael...

NEW YORK - Penerbit muzik legenda yang juga 'orang kuat' di sebalik kemasyhuran...

Kena Demam Campak, Shuib Mohon Doa Peminat

KESIAN pula dengan nasib yang menimpa Shuib Sepahtu apabila dia disahkan menghidap demam campak beberapa hari sebelum menjelang Syawal.

Orang lain sibuk beraya nampaknya Shuib kenalah tahan keinginannya itu seketika sehingga sembuh seperti biasa.

Menerusi gambar yang dikongsikannya di laman Instagram (IG), Shuib menunjukkan badannya yang dilumurkan dengan daun semambu bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

“Dugaan raya tahun ni agaknya. Dah ade rasa nak kena demam campak sebab anak-anak semua berganti-ganti kena campak. Lepas berbuka semalam, satu badan sakit serta ade bintik-bintik merah dan berair.

“Pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan terus doktor memberitahu ‘yes awak memang kena demam campak’. Termenung kejap sebab raya hanya tinggal beberapa hari sahaja.

“Doakan saya cepat sihat, kalau campak ni nak kluar, jangan la keluar banyak sangat. Saya nak raya, doakan saya cepat sembuh. AMIN,” tulisnya di IG.


Bapa kepada tiga cahaya mata ini walau bagaimanapun reda dengan penyakitnya itu dan meletakkan hashtag #penghapusdosakecil di entri berkenaan.

Semoga cepat sembuh Shuib! – MYNEWSHUB.CC

Kategori