Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pecah Amanah Barang Kemas,...

KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif jualan kedai emas dihukum penjara tiga tahun dan...

Pengakuan Ikhlas Gay Yang...

APA rasanya bercinta dengan kaum sejenis? Apakah rasanya sama seperti percintaan normal di...

FELDA Jawab Laporan Tidak...

KUALA LUMPUR - Apakah agenda sebenar sebuah portal berita tempatan memasuki kawasan-kawasan FELDA...

Mesin ATM Di Jepun...

SEKIRANYA melancong ke luar negara, sebaiknya pastikan bawa wang yang cukup untuk perbelanjaan.Ini...

Kerajaan Komited Tingkat Pendidikan Sekolah Tamil

KUALA LUMPUR – Pembangunan pesat sekolah Tamil di seluruh negara bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti pendidikan  sekolah berkenaan berada pada tahap tertinggi, sekali gus mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan tersebut.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik dan meningkatkan mutu penyampaian pendidikan sekolah tersebut.

“Dahulu masyarakat golongan pertengahan selalu mengabaikan sekolah Tamil. Mereka menganggap mutu pendidikan sekolah Tamil rendah dan tidak berkualiti.

“Kini dengan pembinaan lebih banyak sekolah Tamil terutamanya di kawasan penempatan golongan pertengahan, ia akan meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah Tamil,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S. K. Devamany.

Dr Subramaniam berkata sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang, termasuk mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan mengajak semua pihak bekerjasama menjadikan sekolah itu sebagai sekolah pilihan untuk ibu bapa.


Selain itu, beliau ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa SJKT Bandar Mahkota Cheras yang dijangka siap dibina pada suku ketiga tahun depan akan menjadi sekolah Tamil yang ke-99 di Selangor dan ke-527 di Malaysia.

SJKT Bandar Mahkota Cheras itu dibina bagi menempatkan pelajar di kawasan berdekatan, yang kini terpaksa menghadiri sesi persekolahan di SJKT Kajang dan SJKT Serdang, katanya yang juga Menteri Kesihatan.

Dibina dengan kos keseluruhan RM21.08 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di atas tanah seluas 6.2 ekar, sekolah berkenaan mampu menempatkan antara 800-900 murid setelah siap dibina.

Perdana Menteri pada 22 Jan 2012 mengumumkan kesediaan kerajaan untuk membina enam SJKT baharu di Malaysia iaitu SJKT Taman Keladi di Sungai Petani, SJKT Heawood di Sungai Siput, SJKT Taman Sentosa di Klang, SJKT Taman PJS1 di Petaling Jaya, SJKT Bandar Mahkota Cheras dan SJKT Bandar Seri Alam di Johor. – BERNAMA


 

Kategori