Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amelina Dikritik Pakai Seksi...

PENYANYI dangdut yang membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun menghilang dari industri...

Koleksi Baju Raya Dikritik...

SEBELUM ini Mynewshub pernah menyiarkan artikel mengenai aduan peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka...

Nahas Helikopter TLDM: ‘Chon...

SIK : Keluarga Allahyarham Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, mangsa nahas dua...

Mufti Tak Salah Sebab...

KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron menjelaskan tindakan Mufti...

Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong

SEREMBAN – Kerajaan pusat secara dasarnya bersetuju dengan cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk membina sebuah kolam takungan air di kawasan hiliran di Sua Betong, Port Dickson bagi menampung pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata turut akan dibina ialah Loji Rawatan Air (LRA) yang mampu memproses air terawat kira-kira 500 juta liter sehari bagi membekalkan air untuk jangka panjang dan projek itu akan dibiayai kerajaan pusat.

“Ini adalah rancangan jangka panjang untuk sampai tahun 2045… jadi akan ada bekalan air yang cukup dengan mengambil kira peratusan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar lima peratus setiap tahun.

“Saya fikir menjelang tahun depan (akan ada) bajet bagi Sua Betong… tapi secara dasar ia telah dipersetujui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan kita tak ada apa-apa masalah… cumanya akan ada proses pengambilan tanah kerana kita nak buat kolam takungan dan loji rawatan air,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata kolam takungan air itu juga kelak akan menyalurkan air ke kawasan Malaysia Vision Valley (MVV), iaitu rancangan pembangunan wilayah tengah berskala besar yang melibatkan keluasan tanah 728 hektar dari Nilai, Seremban hingga ke Port Dickson.

“Ia akan dibangunkan bersama-sama MVV sehingga 2045… sebab kita tak mahu nanti bila MVV berkembang dengan amat pesat tapi kita tidak cukup bekalan air… kita dah cukup bekalan elektrik kerana (stesen janakuasa) Jimah Two (yang membekalkan) 2000 megawatt akan mula beroperasi sama waktu dengan MVV.


“Jimah One mempunyai kuasa simpanan kira-kira 30 hingga 40 peratus. Jadi dari segi bekalan elektrik tiada masalah. Kini kami menumpukan pada bekalan air…kita tak mahu pembangunan (pesat) tapi tak ada air (nanti),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata paras air di kesemua enam empangan di negeri ini berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan sehingga lapan bulan sementara menunggu musim hujan akan datang.

Negeri Sembilan mempunyai enam empangan iaitu empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Sungai Beringin (Rembau). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • kolam

Kategori