Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Penyelam Harap Dapat...

PANGKALAN BUN - Pasukan penyelam yang ditugaskan untuk mengesan pesawat milik Air Asia...

PKR Lantik Fahmi Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa pro-pembangkang, Fahmi Zainol dilantik sebagai Pengerusi Biro Mahasiswa Parti...

Kes Bunuh Pusat Tahfiz:...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 3 Januari depan...

UTeM Terima Kemasukan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Pelajar dari China yang memiliki diploma teknologi maklumat berpeluang untuk...

Kerajaan Selangor Bimbang Peningkatan Kes Denggi

KUALA LUMPUR – “Peningkatan bilangan kes daftar denggi bagi daerah Hulu Langat sejak kebelakangan ini agak membimbangkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Daroyah Alwi.

Menurut beliau, Hulu Langat sejak empat minggu lalu bukan sahaja telah memintas Petaling daripada bilangan jumlah kes daftar denggi, malah turut mencatatkan bilangan kes kematian yang tertinggi di Selangor.

“Sehingga 27 Mei 2017 kumulatif kematian di Hulu Langat adalah sebanyak 16 orang berbanding 13 orang pada tempoh masa yang sama pada 2016.

“Manakala jumlah kumulatif kes daftar Hulu Langat bagi 2017 adalah 5,702 kes berbanding 5,282 kes pada 2016. Ini menunjukkan peningkatan kes kumulatif sebanyak 420 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kata Daroyah, pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAj) serta Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor digesa mempergiatkan program kawalan dan pencegahan denggi di situ.


Kata beliau, usaha lain turut dilakukan MPAj dengan menubuhkan satu pasukan khas melibatkan semua jabatan untuk melaksanakan aktiviti kawalan di kawasan-kawasan panas wabak denggi yang dikenal pasti.

“MPKJ pula mengambil pendekatan menyediakan racun larvaciding secara percuma kepada kontraktor-kontraktor pembersihan yang dipilih. Mereka diminta melaksanakan semburan larvaciding di kawasan selian masing-masing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori