Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Skuad Jejak Kemiskinan LZS...

PETALING JAYA – Masyarakat timur sememangnya sinonim dengan sifat malu, merendah diri dan...

‘Syukur Kami Selamat’ –...

KUANTAN - "Syukur Alhamdulillah kami bebas dengan baik. Rasa gembira apabila telah selamat,"...

Agong Berangkat Ke Majlis...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Premis Di Pahang Gagal...

KUANTAN - Pemilik premis di Pahang yang engkar dengan arahan kerajaan negeri supaya...

Kerajaan Selangor Diperintah Pakatan Harapan! – PKR

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor menegaskan bahawa negeri itu kini diperintah oleh Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan yang menyebabkan ramai rakyat negeri lain mahu berpindah ke Selangor.

“Kerajaan Pakatan Harapan Selangor jelas berupaya untuk mentadbir negeri dan urus ekonomi dengan berkesan berteraskan prinsip kewangan berhemah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Selangor diperintah oleh  DAP, PKR dan PAN yang membentuk Pakatan Harapan atau masih ditadbir oleh DAP, PKR dan PAS.

Ia berikutan pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meneruskan pentadbiran negeri itu bersama wakil rakyat PAS walaupun PAS telah memutuskan kerjasama dengan PKR.

Mohamed Azmin malah mengabaikan gesaan DAP dan PAN supaya wakil rakyat PAS yang membarisi barisan exco kerajaan Selangor digantikan dengan wakil rakyat daripada PAN.

Beliau dipercayai membuat keputusan itu bagi mengelakkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor terjejas kerana beliau dapat memegang jawatan itu sejak tahun 2014 dengan sokongan PAS.


PAS secara rasmi mengumumkan parti itu memutuskan kerjasama dengan PKR selepas menilai desakan ahlinya supaya PAS berbuat demikian dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Keputusan itu diambil selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan memang benar PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Dakwaan Rodziah kononnya ramai rakyat negeri lain terutama penduduk Kuala Lumpur berpindah ke Selangor kerana negeri itu ditadbir Pakatan Harapan juga tidak berasas.

Umum mengetahui ramai berpindah ke Selangor kerana ia berdekatan dengan ibu negara serta Putrajaya dan nilai hartanah di negeri itu masih rendah berbanding di Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori