Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Didenda Kerana Berbogel, Seks...

LEBIH 70 orang didenda kerana berbogel atau melakukan hubungan seks di tempat awam...

Jajaran Sri Damansara Link...

KUALA LUMPUR - Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa...

Menteri Besar Perak Umum...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan kesemua portfolio...

Presiden KAFA Resah Dengan...

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan...

Kerjasama SPRM, EAIC Bukti Komitmen Perangi Rasuah

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuktikan SPRM komited dalam memerangi gejala rasuah, salah guna kuasa serta salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota agensi-agensi penguatkuasaan, kata Yayasan Pencegahan Jenayah malaysia (MCPF).

Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye berkata melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak boleh berkongsi maklumat, kepakaran, teknologi dan hasil kajian masing-masing bagi memastikan usaha memerangi rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Semua pihak harus menyokong kerjasama strategik ini kerana ia dapat membantu SPRM merealisasikan matlamat untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang 2020.

“Sebenarnya, kerjasama yang dibentuk oleh SPRM dengan pelbagai pihak bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu turut menghantar isyarat jelas kepada masyarakat bahawa ia serius dalam menghapuskan jenayah rasuah di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee berkata banyak pihak termasuk agensi kerajaan pusat dan negeri serta pihak swasta turut menandatangani ikrar memerangi rasuah di organisasi mereka melalui kerjasama dengan pihak SPRM.


Katanya ini secara tidak langsung menunjukkan semakin banyak pihak yang sedar akan kepentingan memerangi rasuah demi kesejahteraan negara dan masyarakat.

Kini terdapat 21 agensi penguatkuasaan persekutuan disenaraikan di bawah seliaan EAIC. – BERNAMA

Kategori