Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Isu Tengah Panas, Uqasha...

SELEPAS berita penahanannya berkenaan kes dadah tersebar luas di media, pelakon jelita, Uqasha...

Kempen Keganasan Daesh Kekal...

SEMBILAN percubaan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan...

Indonesia Tuduh Kuda Kepang...

JAKARTA - Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba 'curi' tarian kuda...

Kereta Api Jarak Paling...

MADRID – Sebuah kereta api barang antarabangsa semalam muncul menjadi tren pertama terus...

Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mengambil keterangan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isterinya, Puan Sri Bibi Shaliza Mohd. Khalid hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua individu itu diminta memberi keterangan kepada agensi berkenaan bagi melengkapkan siasatan kes berhubung dakwaan melibatkan kedua-dua mereka.

“Isa dan Bibi Shaliza hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi dan pasukan penyiasat selesai mengambil keterangan kedua-duanya pada pukul 1.30 petang.

“Sepanjang proses tersebut, kedua-duanya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM,” kata kenyataan itu hari ini.

Susulan itu, SPRM akan meneliti keterangan-keterangan yang diberikan oleh Isa serta isterinya dan siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.


“SPRM juga yakin akan dapat melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori